Artikel Poligami August 30, 2005
Would like to share dis newspaper artikel dat we used for our TCD201: ‘Penulisan’ module under Prof Camel.
Berita Harian News Archive
Rabu, 24 Ogos 2005
Isteri Patut Bantu Atasi Kes Dara Lanjut Usia
Kota Bahru: Isteri diminta turut memikirkan masalah anak dara lanjut usia dan masih belum berkahwin yang jumlahnya semakin ramai di negara ini dengan tidak menyekat hasrat suami mereka untuk berpoligami. (maria: suri rumah tangga kat kota bahru tu takde keje lain nak buat kat rumah sampai nak fikirkan pasal masalah pompuan lain??)
Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, berkata isteri tidak seharusnya menyekat dan bertindak ganas terhadap suami yang berhasrat berpoligami, asalkan suami berkemampuan berbuat demikian. (maria: saya tidak menyokong keganasan terhadap para suami selain sebagai langkah self-defence isteri terhadap suami2 pendera. abih kalau lelaki yang tidak berkemampuan tapi sama gatal nak berpoligami pasal nampak lelaki yang berkemampuan berpoligami??)
“Sekiranya si isteri sendiri tahu suaminya mempunyai bakat untuk berkahwin lebih dari satu…tiba-tiba dia bertindak ganas, sedangkan mereka berhak. (maria: wah…bakat-bakat apa yang dimaksudkan ini?? bakat untuk mengabaikan family yang sedia ada??)
“Cubalah fikir pula bagaimana keadaan perempuan anak dara tua tidak dapat suami sampai mati…sedangkan ada orang nak pada dia dan isteri perlu beri ruang selepas dia tahu suaminya mempunyai kebolehan. (maria: kalau pompuan anak dara tua tak kawin sampai dia mati, Allah dah tetapkan dia takde rezeki nak berkahwin. si menteri ni nak suri rumah tangga kalau boring2 pasal free sgt tu, duduklah termenung fikirkan pasal nasib pompuan lain dan bagaimana nak bahagiakan orang lain, bukan diri dia.)
“Benda ni benda lama, yang tak selesai sekiranya manusia hanya jaga nafsu dia saja…tapi tak jaga nafsu orang lain sama,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis Muafakat Bersama Rakyat anjuran Majlis Perbandaran Kota Bahru (MPKB) di Perumahan Jalan Padang Tembak, dekat sini, semalam. (maria: dan si menteri ni nak jugak wanita2 dah berumahtangga utk jaga nafsu pompuan lain. kalau ada pompuan yang takleh tahan nafsu mereka, agaknya si menteri tu nak suri rumahtangga offer suami2 mereka pada mana2 andartu yang desperate.)
Nik Abdul Aziz diminta mengulas kejadian seorang suami cedera disimbah dengan cuka getah dipercayai isterinya kerana berhasrat ingin berkahwin dua di Tanah Merah, baru-baru ini.
Sebelum ini, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Sharizat Abdul Jalil, berkata isteri tidak perlu bertindak ganas terhadap suaminya yang berhasrat berpoligami.
Nik Abdul Aziz berkata, isteri perlu juga memikirkan nasib masa depan lebih ramai wanita yang bakal menjadi anak dara tua, kerana tidak dijadikan isteri oleh lelaki yang berkemampuan. (maria: tak abis2 nak disuruhnya fikirkan pasal nafsu orang lain..si menteri ni suruh lagi isteri2 beri chance andartu2 kat kota bahru tu jadi isteri orang kaya dan sekaligus kasi chance suami2 kaya dan gatal ni kawin byk2. kan bagus si menteri ni suruh orang2 kaya ni derma sebahagian harta diaorh bantu org2 miskin kat msia tu.)
Katanya Islam tidak menghalang umatnya tidak berkahwin lebih daripada satu atau berpoligami, asalkan mereka cukup syarat ditetapkan agama. (maria: bila part kawin pandai dia suruh ikut ajaran Islam, bila part lain2 ajaran Islam diabaikan. bukanlah nak mengatakan bahawa ni salah, kalau dh ditetapkan oleh agama tu sememangnya halal dan dibenarkan tetapi kena ikut konteks jugak. cadangan si menteri ni dia tujukan pada lelaki2 yang berkemampuan yang dapat berlaku adil kepada kedua2 keluarga. tapi mesti ada lelaki2 yang sengkek, papa-kedana, merempat yang ambil kesempatan dan ikutkan sgt nafsu. anywae sape blh confirm lelaki yang berkemampuan a.k.a kaya blh berlaku adil?? jenis mcm ginilah yang selalunya jadi “hantu”.)
“Mereka tidak harus menyekat suami mereka berbuat demikian, apatah lagi bertindak ganas terhadap mereka yang berhasrat berpoligami.”
Mengenai cadangan kerajaan negeri memberi elaun tambahan kepada kakitangannya yang mempunyai anak ramai, Nik Abdul Aziz berkata, cadangan iu bukanlah satu skim insentif kepada kakitangan untuk menggalakkan mereka beranak ramai. (maria: macam mana tak ramai sgt anak kalau bini sekeliling pinggang diaorg yang sekeping mcm lidi pasal tak pernah cukup makan!)
“Tetapi ia lebih kepada tanggungjawab kerajaan sebagai bapa sesebuah negeri, terhadap anaknya untuk meringankan beban mereka yang berpendapatan rendah tetapi mempunyai tanggungan ramai,”
katanya. (maria: tgklah, rakyat dia kat sana nampak sah sebilangan besarnya berpendapatan rendah tapi dia galakkan jugak poligami. kononnya hanya untuk lelaki yang “berbakat” dan berkemampuan tetapi dalam 100 lelaki tu, brp banyak lelaki kat sana tu betul2 berkemampuan dan “berbakat”? Nanti yang tak berkemampuan pun kasi keluarga dia makan, ada hati nak poligami.
Imaginelah its like sorang lelaki ni berumahtangga den dia produce byk2 anak tapi duit2 untuk keperluan keluarga, makan minum anak isteri semua mak bapak masih hulur. tak ke malunya tu. lebih baik jgn kawin!)
hhmm wat do you tink??
**komen2 yang berwarna merah garang tu hanyalah komen2 dan pendapat2 saya secara peribadi, tiada kena mengena dengan yang hidup atau yang telah ghaib.









